HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Mac 2014

Pemuda DAP minta Karpal timbang semua perletakan jawatan

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Teo Kok Seong, meminta Karpal Sigh supaya menimbang semula peletakan jawatan pengerusi DAP.

"Kami menghormati keputusan beliau namun adalah wajar bagi semua ahli parti terus memberi sokongan dan memohon beliau menimbang semula keputusannya," kata Kok Seong.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hari ini mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kesalahan mengikut Akta Hasutan.

Timbalannya, Tan Kok Wai akan memangku jawatan itu sementara menunggu keputusan rayuan ke atas kes itu selesai.

Beliau sebelum ini dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Hasutan berkait krisis perlembagaan negeri Perak.

Mengikut Seksyen 9A(1)(b) Akta Persatuan, seseorang yang hilang kelayakan daripada menjadi atau tidak boleh atau kekal sebagai pemegang jawatan, penasihat atau kakitangan persatuan berdaftar, jika dia disabitkan mana-mana kesalahan dan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

Rentetan daripadi hukuman itu juga,ia turut mengakibatkan kedudukan beliau sebagai pengerusi parti terjejas menurut undang-undang pertubuhan.

"Keputusan meletak jawatan ini sesungguhnya satu lagi pengorbanan Karpal bagi mengelakkan parti turut terjejas.

"Dengan kata lain perletakan jawatan beliau juga adalah kerana ingin mempertahankan maruah Parti," kata Kok Seong.

Tiada ulasan: