MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Perakam suara kokpit (CVR) Malaysia Airlines MH370 tidak akan menghasilkan sebarang jawapan mengenai tempoh kritikal pesawat yang menyimpang dari laluan penerbangannya ke Beijing berikutan data suara telah dipadamkan disebabkan kitaran rakaman selama dua jam oleh perakam itu.
Ini bermakna penyiasat tidak mungkin menyelesaikan misteri MH370 dengan sepenuhnya kerana ia akan menjadi mustahil untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam kokpit selepas pesawat terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di ruang udara sempadan Malaysia-Vietnam.
Menurut sumber yang biasa menjalankan tugas berkaitan "kotak hitam", yang terdiri daripada CVR dan Perakam Data Penerbangan (FDR), berkata maklumat teknikal daripada FDR sahaja tidak akan mencukupi sekiranya penyiasat mendapati bahawa kesilapan mekanikal bukan masalah kepada punca kehilangan pesawat.
"Pakar terlatih akan mendapat banyak maklumat daripada Perakam Data Penerbangan. Tetapi bagaimana sekiranya ia bukan masalah mekanikal tetapi tindakan yang disengajakan? Saya fikir kita tidak akan mendapat tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku tanpa data suara," katanya.
Menurut firma AS Honeywell Aerospace yang membekalkan kotak hitam, hanya rakaman dua jam terakhir dikekalkan apabila perakam itu akan terus membuat rakaman dengan sendiri sepanjang penerbangan.
"Prinsip ini adalah amalannya kerana kebiasaannya bahagian terakhir penerbangan yang menentukan punca kemalangan itu," lapor BBC.
Operasi mencari dan menyelamat menyeluruh untuk mencari MH370 di selatan Lautan Hindi, dilihat akan menjadi lebih sukar sekiranya perakam tidak dijumpai sebelum kedua-dua bateri Beacon kehabisan tenaga bateri dalam tempoh kira-kira dua minggu.
Walaupun Tentera Laut AS Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) tiba di Perth pada Khamis, pihak berkuasa belum lagi mengenal pasti sama ada serpihan yang dilihat oleh satelit itu mempunyai kaitan dengan MH370 .
The Telegraph dari UK memetik pakar penerbangan David Barry sebagai berkata bahawa "ping" dari beacon boleh berterusan dengan tambahan 10 hari.
"Memandangkan operasi mencari (di selatan Lautan hindi) adalah kawasan terpencil dengan kedalaman air dan keadaan cuaca yang tidak baik, kotak hitam mungkin hampir mustahil untuk dicari," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan