
Menurut kajian yang belum diberi ulasan itu, kesudahan yang kurang baik biasanya terjadi kepada orang tua, lelaki dan orang gemuk di mana keadaan teruk boleh dilihat pada golongan lelaki tanpa mengira usia.
Penyelidik percaya orang gemuk lebih terdedah kepada kematian berbanding kumpulan lain kerana mereka mengurangkan fungsi paru-paru dan mungkin lebih banyak keradangan pada tisu adipos, iaitu tisu lemak yang terdapat di bawah kulit dan sekitar organ dalaman.
Ia kemudian menyumbang kepada peningkatan “ribut sitokin” (komplikasi dalam penyakit pernafasan), iaitu reaksi berlebihan yang berpotensi mengancam nyawa terhadap sistem ketahanan badan.
Kumpulan itu (lelaki, orang tua dan orang gemuk) mewakili hampir 15% daripada keseluruhan orang yang positif Covid-19 di UK dan 28% bagi kemasukan ke hospital.
Menurut laporan awal, lebih daripada separuh pesakit menghidapi penyakit jantung kronik, diabetes dan penyakit paru-paru kronik bukan asma.
Satu pertiga daripada pesakit meninggal dunia, sementara 17% terus mendapat rawatan di mana separuh daripadanya dibenarkan keluar hospital.
Kajian ini yang terbesar di luar China, pusat awal pandemik, yang memberikan “penerangan terperinci terbesar mengenai COVID-19 di Eropah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan