PETALING JAYA: Kedah, Perak, Kelantan, dan Perlis diisytiharkan negeri zon hijau selepas sifar kes aktif Covid-19 dilaporkan di semua daerah di negeri berkenaan.
Kementerian Kesihatan bagaimanapun mengingatkan negeri zon hijau masih belum bebas penyakit itu.
“Terus patuhi perintah kawalan pergerakan, kita masih belum selamat,” katanya di Twitter.
Zon merah merupakan kawasan dengan lebih 40 kes aktif.
Kementerian memaklumkan hanya tinggal 8 daerah yang masih kategori zon merah manakala zon hijau bertambah kepada 92 daerah.
Zon merah ketika ini:
- Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)
- Hulu Langat (Selangor)
- Johor Bahru dan Kluang (Johor)
- Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan