HALAMAN SANTAI

Jumaat, 1 Mei 2020

Kerajaan Johor malang akibat puaka UMNO – Salahuddin

Wartawan MalaysiaGazette
MGF28112019_SIDANG-PARLIMEN_52
Datuk Seri Salahuddin Ayub.
 

KUALA LUMPUR – Puaka dan saka UMNO telah menjadikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutama di Johor malang kerana menyaksikan begitu tragisnya lelongan ghanimah hasil rompakan.

“Sikap pimpinan UMNO Johor yang masih sarat dengan warisan sakanya itu amat mustahil untuk berwajah adil kepada rakan-rakan Bersatu yang mereka anggap sebagai budak-budak suruhan kerana punca kuasa yang menjadikan mereka (PN) berkuasa di Johor itu sendiri adalah dengan cara yang paling tidak bermaruah dan tiada berintegriti,” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kepada rakan-rakan dalam kerajaan PN yang menang atas mandat Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya yang lalu, jalan kebenaran penuh bermaruah masih belum jauh di belakang.

“Kami kepimpinan PH bersedia untuk nenerima anda semua kembali ke dalam keluarga besar PH,” katanya lagi.

Salahuddin yakin pengalaman kita bersama membina kerajaan PH jauh lebih mulia dan harmoni berbanding dengan apa yang sedang dialami oleh anda semua di dalam kerajaan PN sekarang yang didakwanya semakin parah dengan prasangka dan sengketa.

“Kembalilah kepada jalan kebenaran. Biar mati berdiri, daripada hidup menghamba diri,” kata Salahuddin.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: