HALAMAN SANTAI

Ahad, 3 Mei 2020

Pahang tangguh pelaksanaan PKPB

Oleh Asrol Awang
 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Foto fail NSTP/Farizul Hafiz Awang
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Foto fail NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Kerajaan Pahang menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga keputusan dicapai pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri, Jumaat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kerajaan negeri akan mengkaji dan memperhalusi pelaksanaan PKPB seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan, kelmarin.

"Hingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang, masih kekal.

"Seperti semua maklum, negeri Pahang kini mempunyai kluster baharu. Jadi, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya.

"Justeru, Kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dipetik berkata, kerajaan akan melaksanakan PKPB bermula esok bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Langkah itu susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal COVID-19 dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang membuahkan hasil.

Tiada ulasan: