KPM nafi sekolah dibuka pada Isnin
KUALA LUMPUR
– Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh
agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons
Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.
1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan sekolah
dibuka pada Isnin ini bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM,
STPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia. KPM menjelaskan pihaknya akan memaklumkan tarikh sekolah dibuka dua minggu lebih awal.
2. PERKESO menafikan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dihentikan kerana kekurangan dana seperti yang tular di media sosial.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan