Kehadiran tikus di dalam rumah pastinya akan membuatkan kita tidak berasa selesa kerana bakteria yang ditinggalkan oleh haiwan pemusnah ini sangat berbahaya.
Untuk mengusir haiwan pemusnah ini juga menjadi satu masalah.
Ada yang berjaya namun tidak kurang juga yang gagal.
Tapi tahukah anda dengan menggunakan uncang teh, anda boleh mengatasi masalah ini.
Jika anda gemar dengan minuman teh, pastikan anda tidak membuang uncang teh kerana ianya sangat berguna untuk mengatasi masalah kehadiran tikus dalam kediaman kita.
Cara pertama ialah pastikan anda mengenal pasti dahulu tempat tikus itu bersembunyi dan kemudian letakkan uncang teh tersebut di tempat mereka bersembunyi.
Mesti anda tertanya-tanya kan bagaimana uncang teh ini berfungsi?
Peppermint yang terdapat dalam uncang teh tersebut akan menyebabkan iritasi atau kegatalan pada hidung tikus lalu membuatkan deria bau mereka terganggu dan berasa tidak selesa.
Dan ia secara tidak langsung membuatkan tikus tersebut akan segera meninggalkan rumah anda.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan