Demikian analogi diberikan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) apabila pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) berkenaan moratorium.
[BACA] Moratorium: Peminjam koperasi perlu penangguhan — Suara Merdeka
Rakyat bertanggapan sedemikian apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya.
Malah, pekerja dan peniaga juga terjejas pendapatan masing-masing apabila terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta wabak Koronavirus (Covid-19).
Katanya, pihak bank seolah-olah mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dihadapi oleh semua peminjam.
“Perkara ini adalah sangat tidak adil dan campur tangan Perdana Menteri dalam perkara ini adalah sangat diharapkan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
[BACA] Moratorium masih berbaloi, Bank Negara perbaikilah kelemahan — Suara Merdeka
[BACA] Moratorium: Faedah, pendapatan utama bank — Suara Merdeka
Menurut Samsudin lagi, caj tambahan yang baharu diumumkan itu
seolah-olah sebagai kos tersembunyi disebalik moratorium automatik.“Saya beranggapan apabila BNM mengumumkan moratorium automatik kepada semua peminjam peminjam maka segalanya adalah ditangguhkan kerana adanya perkataan automatik disitu.
“Bukannya menimbulkan kadar faedah tambahan atau yang bakal terkumpul secara automatik,” tegasnya.
Tambahnya, perjanjian pinjaman tidak wajar dibangkitkan kerana penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP adalah perkara yang diluar jangkaan semua orang.
“Dalam perjanjian tersebut tidak pernah wujud perkataan Moratorium Otomatik dan tiada siapapun yang menyangka negara akan mengalami krisis wabak Covid-19.
“Oleh demikian BNM perlu bersifat tegas dan bertanggungjawab dalam moratorium automatik yang diumumkan semasa awal PKP dan tidak sepatutnya membiarkan pilihan yang tidak adil kepada pengguna,” ujarnya.
Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan BNM dan ABM mengenakan caj faedah kepada pelanggan yang mengambil moratorium.
[BACA] Moratorium: BNM ubah fikiran, faedah dikenakan? — Suara Merdeka
[BACA] Polemik Moratorium kerana komunikasi caca merba — Suara Merdeka
Menurut kenyataan yang dikeluarkan mereka, kadar faedah berkenaan adalah tertakluk dalam pinjaman perjanjian.Bagaimanapun, tindakan tersebut disifatkan umum sebagai bertentangan dengan pengumuman kerajaan. – SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan