HALAMAN SANTAI

Selasa, 15 September 2020

Dakwaan pusat taja parti kecil pecah undi adalah fitnah Warisan

MINDA RAKYAT


Bilangan calon yang ramai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini membuktikan bahawa prinsip demokrasi berparlimen masih subur di negara ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Justeru, beliau menganggap dakwaan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie bahawa kerajaan pusat telah ‘menaja’ parti-parti kecil untuk memecahkan undi, seperti dilaporkan akhbar tempatan hari ini, sebagai andaiannya sahaja.

“Saya anggap demokrasi di Sabah ini adalah terbuka. Jadi, saya mengalukan mereka untuk bertanding kerana dia (calon-calon) juga ada kemahuan untuk bertanding, untuk menjadi YB (Yang Berhormat).

“Tidak apa, kita serahkan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan jentera pilihan raya BN Libaran, di Sandakan, hari ini.

Sementara itu, bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) mendakwa Warisan dengan sekutu politiknya seperti DAP dan PKR yang bukan berasal dari Sabah juga menjadi pemecah undi.

Semalam, Mohd Shafie menuduh Putrajaya membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melibatkan Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan ‘menaja’ parti-parti kecil pada PRN ini untuk memecahkan undi dan menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Warisan.

Mengulas kenyataan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Syed Badli Shah Syed Osman bahawa PN tiada rekod daftar parti dengan Jabatan Pendaftaran Negara (RoS), Bung Moktar merasakan tidak ada kesilapan dalam meletakkan PN untuk bertanding.

RoS, dalam kenyataannya hari ini, berkata dakwaan Syed Badli itu adalah tidak benar kerana pendaftaran PN telah diluluskan dan berkuat kuasa pada 7 Ogos lalu.

#Sumber : - Bernama   

MR :  Fitnah mainan PH dan Warisan 

Tiada ulasan: