HALAMAN SANTAI

Khamis, 17 September 2020

GPS perlu muka baru untuk kekalkan kerusi Bidayuh


Terdapat kebimbangan dalam kalangan beberapa pemimpin GPS berikutan 
perubahan undi yang memihak kepada pembangkang pada PRU14 lalu. 
(Gambar Bernama)

KUCHING: Penganalisis politik percaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) mungkin kehilangan 8 kerusi majoriti Bidayuh kepada pembangkang, jika parti itu tidak mahu meletakkan muka baru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, pengundi akan protes jika GPS mengekalkan orang lama bertanding di 8 kerusi Bidayuh terbabit, iaitu Tasik Biru, Opar, Tarat, Serembu, Mambong, Tebedu, Bukit Semuja dan Kedup.

“Rakyat mahukan muka baru dengan idea baru untuk bertanding di kerusi Bidayuh,” katanya sambil menambah kebanyakan calon generasi lama tidak akan memberi impak kepada pengundi muda.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Michael Manyin Jawong, yang juga pemimpin paling kanan Bidayuh dalam GPS, berkata beliau yakin GPS boleh memenangi semua 8 kerusi itu dalam PRN akan datang.

Awang Azman Pawi

Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah bimbang dengan kedudukan kerusi Bidayuh itu kerana perubahan undi yang memihak kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2 tahun lalu.

“Kami agak bimbang dengan kedudukan kerusi Bidayuh. Semoga semua berjalan lancar dalam PRN akan datang kerana pada pilihan raya Parlimen lalu, 2 kerusi tumbang – nasib baik Serian menyelamatkan kita daripada rasa malu.

Abdul Karim Rahman Hamzah

“Jadi, dalam PRN berikut, kita perlu bekerja keras untuk memastikan bukan saja kerusi di Serian-Bukar Sadong saja yang menang, tetapi juga kerusi di Bau, Lundu dan Padawan turut dimenangi (GPS). Kita tidak mahu etnik Bidayuh berpecah.”

Awang Azman berkata, isu tertunggak melibatkan tanah hak adat (NCR) Bumiputera boleh digunakan pembangkang.

“Khas Parti Sarawak Bersatu (PSB), yang boleh menggunakan isu itu sebagai sebahagian daripada kempen politiknya terhadap GPS pada PRN akan datang.

“Juga perkhidmatan internet di daerah ini (kawasan majoriti Bidayuh) masih lemah, walaupun terletak tidak jauh dari bandar.

“Semua ini menyebabkan ramai penyokong GPS dalam kalangan masyarakat Bidayuh berasa kecewa kerana mereka belum nampak pembangunan di kawasan mereka.”

Sementara itu, Francis Paul Siah, yang mengetuai Movement for Change Sarawak, tidak percaya pengundi Bidayuh akan membiarkan GPS memenangi kerusi itu dengan mudah.

Francis Paul Siah

“Prestasi wakil rakyat dalam PRN berikut akan diambil kira oleh masyarakat Bidayuh.

“Mereka (masyarakat Bidayuh) bukan pengikut politik ‘buta’. GPS mesti bekerja keras,” katanya kepada FMT.

Namun, Siah berpendapat, perpecahan parti pembangkang Sarawak dapat membantu GPS memenangi PRN akan datang.

“Meletakkan calon lebih muda boleh membantu GPS untuk menang semula.”

Tiada ulasan: