HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 September 2020

Kalau bercanggah dengan Islam dan moral, Pas pecat Khairuddin

Muhammad Azizul Osman
MGF01092020_KONVENSYEN-SETENGAH-TAHUN-PENTADBIRAN-PN-32-681x453
Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Seri Datuk 
Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi 
Awang berbincang sesuatu selepas hadir ke Konvensyen 
Setengah Tahun Pentadbiran PN di Persatuan Alumni Universiti 
Malaysia (PAUM), Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN,

KUALA LUMPUR – Pas mementingkan moral dalam kalangan para pemimpinnya, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, jika seseorang pemimpin parti itu yang bertindak melanggar moral dan Islam, maka tindakan pecat akan dilakukan terhadap individu berkenaan.

“Yang penting moral dulu, kalau buat sesuatu maksiat yang bercanggah dengan lslam dan moral, kita pecat dia.

“Dalam Pas yang pertama adalah dari segi maksiat dulu, yang kedua kalau ada salah laku itu kita serah kepada undang-undang,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN, di Rumah Persatuan Alumni UM, hari ini.

Hadir sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadi berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang menyifatkan kisah Datuk Seri Dr Khairuddin Aman Razali umpama seekor burung hud-hud dalam kisah Nabi Sulaiman.

Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama Pas Perak itu, Hashim memetik kisah dalam Surah An-Naml itu dengan mengatakan keingkaran burung hud-hud itu menyebabkan Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.

Artikel berkaitan: Saya pergi Turki atas urusan rasmi, cari peluang baharu – Khairuddin

Artikel berkaitan: Saya beri keterangan selama 2 jam kepada polis – Khairuddin

Khairuddin yang juga Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi, Jumaat lalu hadir memberi keterangan bersama beberapa orang saksi di Bukit Aman bagi kesalahan itu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan mengumumkan Khairuddin sudahpun dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut pada 7 Ogos.

Khairuddin pulang dari Turki dan tiba di Malaysia pada 7 Julai. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: