HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 September 2020

Nik Zawawi perlu minta maaf isu kitab Injil terpesong – Nazhan

Wartawan MalaysiaGazette
MGF01052017_MuktamarPAS16-681x452
Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh digesa memohon maaf ekoran secara terbuka ekoran kenyataannya di Parlimen mendakwa kitab Injil telah terpesong baru-baru ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Nazhan Zulkifli berkata, pemimpin Pas sepatutnya peka dengan isu berkaitan agama lain di negara ini.

“Bagaimana seorang ahli politik tidak sensitif tentang agama lain? Jangan kerana kita rasakan agama kita yang paling benar kita mengatakan agama lain sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat memimpin Pas,  belum pernah terjadi kes-kes keceluparan pemimpin parti bercakap soal agama lain.

Namun hari ini pemimpin parti ini begitu tidak sensitif dengan agama lain.

“Pemimpin parti Islam itu dilihat begitu ekstrem selepas era pemerintahan Tok Guru Nik Aziz dan dilihat secara terbuka memusuhi orang bukan Islam. Kenyataan Nik Zawawi tidak mencerminkan Malaysia yang bersifat pelbagai kaum dan agama.

“Jika beliau ingin mengajak orang bukan Islam memahami agama Islam ini bukan caranya,” ujarnya lagi.

Nazhan berkata, Nik Zawawi perlu bijak menggunakan posisinya sebagai ahli politik menunjukkan Islam itu agama yang bertoleransi dan menegakkan prinsip keadilan kerana Islam itu agama yang penuh kasih sayang bukan kebencian.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: