HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 September 2020

Parti belia boleh hentikan politik cara lama, kata bekas aktivis

Bekas aktivis pelajar berkata, Muda boleh menggunakan masyarakat sivil dan NGO untuk 
mengetengahkan dasar memanfaatkan belia dan menjadi platform memperkasakan anak 
muda bersuara.

PETALING JAYA: Dua aktivis pelajar yang sebelum ini digantung daripada meneruskan pengajian tinggi mereka kerana menyuarakan pendapat menentang kerajaan, kini berharap suara anak muda akhirnya dapat didengar melalui sebuah parti politik baru berasaskan belia.

Adam Adli Abdul Halim berkata, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang baru ditubuhkan boleh menjadi platform untuk belia menterjemahkan pendapat mereka sebagai dasar.

“Ia sesuatu yang perlu diraikan kerana ia akan mengubah politik cara lama, di mana suara anak muda tidak didengari,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, mentaliti hulubalang yang orang lebih tua diberikan keutamaan berbanding anak muda perlu berakhir.

Adam Adli Abdul Halim

Adam digantung selama 5 tahun sejak 2013 daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, selepas berdepan pertuduhan hasutan. Sebelum penggantungannya, Adam mengetuai beberapa bantahan pelajar atas pelbagai isu, termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terdahulu, pengasas Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Muar, mendedahkan logo parti itu yang kini menunggu pendaftarannya diluluskan.

Adam berkata, belia mungkin memberontak jika mereka tidak diberikan platform untuk menyuarakan pandangan mereka.

“Belia tidak patut ditekan. Itu bukan caranya.”

Bagaimanapun, pemuda berusia 31 tahun itu berkata, parti berkenaan perlu menjelaskan pendirian berbilang kaum kepada belia yang membesar dalam kumpulan etnik sama.

Bagi mereka yang berada di pantai timur seperti Hulu Terengganu dan Gua Musang, katanya, pilihan mereka kekal kepada PAS serta Umno.

Beliau berkata, politik rakyat Malaysia sebahagian besarnya masih berdasarkan kaum dan agama, di mana ahli pelbagai kumpulan etnik “selesa dengan persekitaran mereka. Tetapi, parti itu perlu mengetengahkan kepentingan parti berasaskan belia berbilang kaum dan kepentingan idea baru”.

Adam berkata, parti belia itu boleh meneliti masalah yang menjejaskan golongan itu, seperti pekerjaan dan mengembangkan dasar progresif untuk membangunkan ekonomi.

Katanya, Muda juga boleh menggunakan masyarakat sivil dan NGO untuk mengetengahkan dasar yang memanfaatkan belia.

Muda akan perkasa belia

Anis Syafiqah Mohd Yusof

Aktivis pelajar, Anis Syafiqah Mohd Yusof berikrar tidak akan mendiamkan diri dengan penggantungan 6 bulan daripada Universiti Malaya pada 2016.

Katanya, beliau akan bercakap benar untuk rakyat.

Beliau berkata, Muda boleh menjadi platform untuk memperkasakan belia bersuara.

“Ia adalah idea baru dalam politik Malaysia. Ia juga boleh menjadi platform untuk mempersiapkan belia membuat perubahan.”

Parti itu perlu meneliti pekerjaan untuk belia, perumahan dan pendidikan supaya mereka dapat berdikari.

“Ada banyak isu menjejaskan belia yang boleh dikaji Muda

Tiada ulasan: