HALAMAN SANTAI

Sabtu, 12 September 2020

”Saya kat Kalabakan ni,” kata Najib

Wartawan MalaysiaGazette
MGF120720_PRA-PERSIDANGAN-AHLI-PARLIMEN-BARISAN-NASIONAL0-4-681x454
Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan beliau berada di Kalabakan, Sabah.

”Mana member yang suka report tu? Haaa. Saya kat Kalabakan ni.

”Sila jalankan tugas jadi murid kesayangan. Report ye. Najib kat Kalabakan.,” katanya dengan cukup sinis.

Najib membuat sindiran itu selepas tular video Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal yang menghubungi Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Najib akan berkempen di Tawau.

Turut bersama Shafie ketika itu adalah Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Perbualan antara Shafie dan Dr Mahathir menjelang hari penamaan calon di Semporna. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: