HALAMAN SANTAI

Jumaat, 11 September 2020

STAR mahu keluar PN?

Kasthuri Jeevendran
MGF10092020_PENAMAAN-CALON-PN13-681x454
Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Sabah, Datuk 
Dr. Jeffrey G. Kitingan bercakap kepada media selepas 
pengumuman senarai 29 calon Perikatan Nasional bagi 
Pilihan Raya Negeri Sabah di Bangunan Bersatu, Alamesra, 
Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL,

KOTA KINABALU – Kelmarin Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey G Kitingan berkata, pihaknya akan bertindak keluar Perikatan Nasional (PN) jika tidak mendapat 15 hingga 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri Sabah.

Namun hari ini, Jeffrey bertukar nada menerima hakikat partinya hanya mendapat lapan kerusi berbanding 15 hingga 18 yang diminta.

Kata Jeffrey kepada media, beliau sedar jumlah kerusi yang boleh ditandingi STAR terhad kerana perlu mempertimbangkan parti lain dalam PN yang bertanding kali ini.

Tapi lain pula kata sumber MalaysiaGazette sebentar tadi.

Kata sumber enggan dinamakan itu ada kemungkinan besar berlakunya kejutan esok.

Dakwa sumber itu, mungkin adanya sidang media oleh STAR untuk mengumumkan keluar PN dan bertanding lebih lapan kerusi secara bebas.

“Mereka tidak puas hati kerana sedia maklum boleh menang malah STAR juga dianggap dominan serta kuat sebenarnya.

“Jadi untuk anggap mereka hanya layak sekadar lapan kerusi sebenarnya tidak berapa disenangi oleh parti itu.

“Kamu tunggu sahaja, mungkin umum keluar PN esok. Jangan terkejut,” katanya.

Sambung sumber terdekat itu lagi, STAR sebenarnya mempunyai kekuatan terutamanya di kawasan Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR).

“Malah Datuk Dr Jefrey Kitingan (DDJK) lebih yakin dengan kekuatan STAR selepas beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kesenian.

DDJK juga yakin STAR adalah penentu sekali lagi untuk membentuk kerajaan Sabah selepas PRN 16 ini.

“Kita juga lihat dari konteks pembahagian kerusi yang mana STAR diletakkan di tempat yang kebanyakan bukan pilihan STAR.

“Ini sekaligus membuat DDJK kurang senang dan langsung tidak gambira, beliau seperti sudah boleh membaca perancangan itu kerana itu juga telah mengeluarkan kenyataan akan keluar PN kelmarin.

“Penyokong dan akar umbi STAR juga tidak puas hati. Mungkin mereka sendiri akan bertindak keluar parti seandainya DDJK tidak berbuat sesuatu tentang ini, jadi penyelesaian adalah keluar PN serta tanding sendiri tanpa PN,” tegas sumber itu bersungguh-sungguh.

Artikel berkaitan: STAR terima agihan kerusi walaupun kurang daripada yang diminta

Kelmarin Jefrey meminta agar keputusan agihan kerusi dilakukan sama rata dengan mengambil kira sentimen rakyat di Sabah.

“Sentimen yang ada ketika ini iaitu parti politik dari Semenanjung mendominasi politik Sabah (dan) perkara itu tidak perlu berulang kerana ini yang rakyat tidak mahu.

“Sebab itu pembahagian kerusi (mengikut parti) perlu diagih secara adil dan sama rata bagi menghormati sentimen kenegerian Sabah.

“Rakyat juga mahu lihat kerusi Barisan Nasional (BN) kurang atau seimbang (dalam PRNSabah) untuk beri penghormatan kepada parti tempatan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: