HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Disember 2008

Amaran hujan peringkat kuning

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Hujan sederhana kadangkala lebat dijangka turun di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula esok sehingga khamis serta beberapa bahagian di Sarawak bermula Rabu hingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu, keadaan berkenaan boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai.

Di Kelantan daerah yang terbabit ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih.

Di Terengganu pula ia meliputi Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang meliputi Kuantan, Pekan serta Rompin dan Johor di daerah Mersing, Kluang, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Di Sarawak pula, melibatkan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Betong, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran bahawa angin timur laut pada kelajuan 50 kilometer (km) hingga 60 km sejam dengan ombak mencecah ketinggian 4.5 meter akan berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah Barat dan Kudat serta dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Tiada ulasan: