HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Disember 2008

Pengundi Cina Parlimen Kuala Terengganu sangat penting

BERNAMA


KUALA TEREGGANU: Sokongan pengundi kaum Cina di kawasan pilihan raya Kuala Terengganu sangat penting bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen berkenaan pada 17 Januari ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahamd Farid Wan Salleh berkata, setiap undi itu amat mustahak dan pengundi kaum Cina di kawasan ini amat penting untuk diberikan perhatian.

"Saya pergi jumpa mereka malam ini dan saya dapati sambutan yang diberi sangat baik dan memberangsangkan. Saya yakin pengundi Cina bersamasama dengan saya bagi menentukan kemenangan BN pada pilihan raya 17 Januari depan," katanya. kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-27 Pergerakan Pemuda Malaysia cawangan Kuala Terengganu di sini malam tadi.

Kawasan parlimen itu mempunyai 80,326 pengundi dengan majoriti pengundi Melayu sebanyak 87.4 peratus, Cina (11.6 peratus), India (0.7 peratus) dan yang lain (0.3 peratus).

Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lepas, Razali menang dengan majoriti 628 undi setelah memperoleh 32,562 undi mengalahkan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu yang mendapat 31,934 undi dan calon Bebas Maimun Yusof, 685 undi.

Wan Ahmad Farid yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata beliau akan cuba menemui semua pihak bagi menghadapi pilihan raya ini nanti.

"Hari ini saya telah masuk ke kampung-kampung membuat kunjungan dari rumah ke rumah.

"Jumpa mereka yang kurang bernasib baik, yang uzur dan sakit dan paling menarik saya dapati pada kempen kali ini, ramai anak-anak muda yang tampil memberi sokongan dengan turut sama berkempen," katanya.

Tiada ulasan: