HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Disember 2008

Program baru bantu pekebun kecil dilaksana tahun depan

Oleh Hata Wahari


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan program bantuan baru kepada pekebun-pekebun getah pada tahun depan bagi membantu meringankan beban mereka ekoran kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kertas cadangan berhubung bantuan itu akan dibentangkan kepada Kabinet pada minggu pertama Januari ini.

“Kajian mengenai bantuan yang akan diberikan kepada para pekebun kecil ini dijalankan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai rencana Arif Atan yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini yang mahukan kerajaan membantu penoreh getah kerana mereka kini berhadapan dengan kesukaran hidup akibat kejatuhan harga getah di pasaran dunia.

Tiada ulasan: