HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 Disember 2008

Najib: Cadangan bina jambatan Malaysia-Indonesia perlu kajian mendalam

BERNAMA


MELAKA: Kerajaan akan mengambil kira segala aspek termasuk kesesuaian dan faktor ekonomi terhadap cadangan kerajaan Melaka untuk membina jambatan yang merentasi Selat Melaka bagi menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan satu hari kelak akan wujud sebuah jambatan yang menghubungkan keduadua negara.

"Bagaimanapun, pada masa kini pembinaan jambatan itu akan kita kaji dulu mengambil kira dan penilaian semua sudut," katanya pada majlis perasmian Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Kesembilan di sini hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian ketika menjawab permintaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang terdahulu mahu jambatan itu dibina berasaskan aspek ekonomi dan hubungan kedua-dua negara yang sekian lama terjalin.

Menurut Mohd Ali jambatan, yang akan dibina itu sepanjang kirakira 52 kilometer, dianggarkan menelan kos sebanyak US$11 bilion.

"Saya mencadangkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji permintaan pembinaan jambatan ini yang boleh dibiayai menerusi pembiayaan inisiatif sektor swasta," katanya ketika berucap.

Cadangan membina jambatan Malaysia dan Indonesia pernah dikemukakan oleh beberapa pihak sejak pertengahan 90an lagi sebelum terbantut kerana berlaku kegawatan krisis ekonomi pada 1997.

1 ulasan:

kingpahat berkata...

mengarut laaaa bina jambatan ke indon.aku xsetuju.makin menyusahkan rakyat m`sia.