HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Disember 2008

Kenyataan Wan Farid disanggah Mahfuz

Harakahdaily


Kuala Terengganu - Calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Farid Salleh membuat tuduhan pertama yang 'nanar' setelah diisytiharkan menjadi calon kelmarin.

Beliau menuduh PAS mengalami 'masalah dalaman' berikutan banyaknya cadangan-cadangan calon yang dikemukakan oleh beberapa pihak dalam PAS.

"Saya tak pasti apabila Ketua Pemuda hendak calon ini, Mursyidul Am hendak calon itu, Pesuruhjaya hendak calon yang lain itu ditafsirkan sebagai tidak ada masalah dalaman, " kata Wan Farid sebagaimana disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama semalam.

Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar ketika diminta mengulas tuduhan Wan farid di petik sebagai berkata berkata cadangan-cadangan calun yang banyak oleh pelbagai pihak dalam PAS tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bahkan ia menunjukkan bahawa betapa PAS mempunyai calun yang sangat lumayan yang berkaliber yang boleh kita kemukakan.

"Tok Guru Nik Aziz pandang orang itu kaliber, pemuda pandang orang ini kaliber, mungkin ada pandangan yang lain berpandangan bahawa ada pihak lain yang berkaliber.

"Itu bermakna bahawa kita (PAS) memiliki jumlah calon yang berkaliber itu mempunyai satu jumlah yang snagat banyak yang boleh kita tonjolkan,"katanya yang dipetik daripada laman web Buletin Online.

Mahfuz berkata siapa pun yang akan PAS pilih nanti ialah hakikatnya mereka yang mempunyai kredibiliti, kaliber yag tinggi yang mempunyai komitmen yang tinggi kepada perjuangan untuk parti untuk agama untuk bangsa untuk rakyat dan untuk negara.

Katanya sebab itu akhirnya PAS akan bulatkan keputusan kepada satu calon sahaja iatu daripada senarai yang ada pada semua pihak itu.

Apabila ditanya wartawan samada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung telah memuktamadkan siapakah yang akan menjadi calon, beliau mengesahkan bahawa ia belum di muktamadkan lagi.

"Kita (PAS) akan pilih yang terbaik untuk dikemukakan kepada rakyat,"katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata keputusan PAS mengumumkan calon pada 1 Januari depan tidak boleh dianggap terlambat.

"Sebab kita punya masa yang masih panjang dan kita (PAS) yakin bahawa calon yang akan kita pilih ini merupakan calun yang sudah dikenali sudah ketahui oleh rakyat khususnya oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu,

"Cuma kita nak tengok mana yang lebih baik dan yang terbaik,"tambahnya.-azm _

Tiada ulasan: