HALAMAN SANTAI

Rabu, 31 Disember 2008

'XPDC' dakwah malam tahun baru di dua Taman Tasik

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program ekspedisi (XPDC) dakwah sempena tahun baru malam ini.

Pemuda Wilayah akan memfokuskan dua tempat pada malam ini iaitu taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri. Dua Lokasi ini dipilih kerana tempat ini menjadi tumpuan anak-anak muda di malam tahun baru setiap tahun, kata jurucakap Pemuda Wilayah.

"Jumlah anak-anak muda yang terjebak dengan gejala sosial semakin meningkat dan amat merunsingkan kita semua. Anak muda merupakan aset negara pada masa akan datang. Jika masalah ini dibiarkan maka akan hancurlah negara kita.

"Justeru itu, Pemuda PAS Wilayah mengajak NGO, dan setiap individu menyertai program ini," kata satu kenyataan yang dihantar ke Harakahdaily.

Sesiapa yang ingin menyertai program ini, diminta berkumpul pukul 9.00 malam di Masjid Saidina Othman untuk XPDC di Taman Tasik Permaisuri manakala di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk XPDC di Taman Tasik Titiwangsa. - azm _

Tiada ulasan: