BERNAMA
KOTA BHARU - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional mensasarkan 72,800 anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara untuk diberi penerangan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata, pembabitan anggota SRS di KRT seluruh negara itu penting supaya matlamat kerajaan menterjemahkan konsep 1Malaysia itu ke akar umbi.
Menurutnya, jabatan akan menggerakkan jentera melalui anggota SRS di semua KRT di seluruh negara untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia itu supaya ia sampai kepada golongan sasar akar umbi,” katanya selepas majlis berbuka puasa sempena penyampaian hadiah pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Rukun Tetangga Negeri Kelantan 2009 di sini malam, semalam.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, jabatannya sudah bayar pampasan RM1.3 juta menerusi skim insurans Takaful berkelompok kepada ahli yang terlibat kemalangan sejak skim itu :dilancarkan 1 Januari 2007.
:Menurutnya, sejak Januari hingga Julai lalu, pihaknya mengendalikan 300 tuntutan bayaran pampasan kepada anggota SRS, termasuk 17 kes kematian di seluruh negara.
:Menerusi skim insurans Takaful berkelompok itu seseorang anggota SRS yang meninggal dunia dibayar RM20,000, manakala mereka terlibat kemalangan dibayar bergantung kecederaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan