HALAMAN SANTAI

Sabtu, 12 September 2009

Bilik gerakan ikut cawangan

BERITA HARIAN ONLINE


SEREMBAN: Bilik Gerakan Umno bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang akan ditubuhkan mengikut setiap cawangan dan bukannya mengikut kedudukan peti undi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu diyakini akan memantapkan lagi jentera parti.

Beliau memberitahu demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Anggota Angkatan Tentera, Polis dan Ibu Tunggal anjuran bersama kerajaan negeri dan Pekerti Negeri Sembilan di Klana Resort, di sini, semalam.

Tiada ulasan: