HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 September 2009

Khalid lebih sesuai masuk UMNO: Shahrir

SINAR HARIAN ONLINE


JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan bahawa adiknya, Khalid Abdul Samad lebih sesuai menyertai UMNO kerana sifat dan karektornya itu dikatakan bersesuaian dengan parti itu.

Menurutnya, beliau tidak pernah bercadang mempelawa Khalid menyertai UMNO, namun menjelaskan perwatakan yang dimiliki Ahli Parlimen Shah Alam itu lebih sesuai sekiranya Khalid menyertai parti itu.

“Dulu lagi dia ada minta dan ajak saya masuk Pas yang mana ketika itu untuk mencari bilangan tambah ahli Pakatan tahun lalu.

“Pandangan saya Khalid lebih sesuai masuk UMNO kerana saya juga pernah dengar cakap-cakap orang sebelum ini mengatakan beliau ini terlalu liberal dan bertopengkan Pas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan adiknya itu di atas pelawaan untuk menyertai Pas sebaik pulang berhari raya nanti berkata, pelawaan seumpama itu telah pun dibuat Khalid sebelum ini.

Kelmarin, Khalid memaklumkan pelawaan terhadap abangnya akan dibuat pada Aidilfitri ini dengan menganggap masa itu yang paling sesuai untuk beliau dan abangnya berbincang.

Ditanya sama ada kemungkinan beliau akan terbuka hati kali ini apabila Khalid mempelawanya sekali lagi, beliau berkata: “Hati saya hanya terbuka untuk UMNO”.

:Shahrir turut hairan mengapa Khalid membuat kenyataan sebegitu kerana beliau sememangnya tidak pernah mempunyai niat untuk menyertai pembangkang walaupun tidak mempunyai jawatan dalam Kabinet lagi.

“Sudah tidak ada kerja lagikah Khalid hendak buat sehingga boleh timbulnya kenyataan seperti ini?” katanya.

Tiada ulasan: