TV SELANGOR
Kerajaan Negeri tidak akan teragak agak mengambil tindakan tegas ke atas pihak ketua kumpulan ajaran sesat serta pengikutnya yang menjalankan kegiatan bertentangan ajaran Islam.
Hal Ehwal Islam,Adat Adat Melayu dan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hassan Ali berkata, selain menghadapkan mereka ke mahkamah,kerajaan juga mungkin boleh merampas harta dan milikan tanah yang digunakan sebagai markas kumpulan terbabit.
“Tindakan yang berikutnya memang ada.Tindakan undang undang yang akan diambil,kemana nak bawa dia,tindakan mahkamah selepas ini dan sebagainya.Ataupun jika masih ingkar, tindakan terhadap keingkaran mereka itu semuanya telah termaktub,dalam peraturan,dalam enakmen.Dalam kaedah kepada enakmen kita dan sebagainya.” katanya.
Menurut beliau,fenomena ajaran sesat sudah lama bertapak di negeri ini,dan sehingga kini terdapat 25 ajaran difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Mufti Selangor.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS),Datuk Ahmad Khusrin menjelaskan,tindakan susulan yang akan diambil adalah proses memulihkan aqidah pengikut ajaran sesat yang berjaya diberkas.
Beliau berkata,“Kita boleh dakwa dia,dan kita akan minta mahkamah putuskan untuk tempatkan di Pusat Pemulihan Aqidah”.
Pusat Pemulihan Aqidah yang terletak di Ulu Yam ini merupakan salah satu medium dalam mengembalikan pengikut ajaran sesat ini agar berada di landasan yang betul.
Khusrin berkata,kerajaan negeri akan mengiatkan lagi usaha membanteras ajaran sesat bagi menjaga aqidah hampir 4juta rakyat beragama Islam di Selangor.
Menurutnya,selain melipatgandakan usaha menjejaki kumpulan ajaran sesat agar tidak terus menular di kalangan masyarakat,program berbentuk kesedaran dan pemahaman agama turut dijalankan.
Ini bagi menyedarkan masyarkat akan bahaya dan akibat daripada ajaran yang boleh memesongkan aqidah umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan