HALAMAN SANTAI

Khamis, 10 September 2009

Warga emas 85 tahun ditahan jual mercun

BERNAMA


JELI: Seorang warga emas berusia 85 tahun sanggup menjual bunga api dan mercun untuk mencari duit bagi menyambut Aidilfitri dan dia adalah antara yang ditahan Polis Daerah Jeli dalam serbuan penjualan pelbagai jenis mercun dan bunga api, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Muhamad Hanifah Ab Malik, berkata warga emas perempuan itu ditahan pada 12 tengah hari dalam satu serbuan hasil maklumat orang awam di Kampung Ayer Lanas dekat sini.

"Warga emas berkenaan ditahan di sebuah blok kedai runcit dan hasil pemeriksaan, pihak kita menemui mercun dan bunga api yang dijual secara kecil-kecilan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM750," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam serbuan yang sama, pihaknya turut menahan seorang wanita dan lelaki masing-masing berusia 40 dan 27 tahun yang dipercayai turut terbabit dalam penjualan mercun membabitkan rampasan bernilai RM300.

Tiada ulasan: