HALAMAN SANTAI

Isnin, 16 November 2009

Isu MB S'gor seleweng muncul lagi

MALAYSIA KINI


Hampir setahun isu menteri besar Selangor didakwa menyeleweng tenggelam, tiba-tiba ia muncul lagi melalui penafian NGO yang menyeret Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gerak Malaysia, yang mendakwa pemimpin PKR itu menyalahgunakan kuasa berhubung penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu, hari ini menafikan ia menerima maklumat tersebut daripada pemimpin PAS dalam kerajaan negeri.

"Tuduhan-tuduhan ini sengaja digembar-gemburkan bagi merosakkan reputasi Gerak Malaysia selaku badan bebas yang bertindak secara neutral dan adil dalam melaporkan apa-apa juga isu dakwaan salahgunakuasa dan rasuah," kata pengerusi NGO itu Mohd Nazree Mohd Yunus.

Beliau menafikan dakwaan di Internet baru-baru ini yang menyebut Gerak Malaysia, dengan kerjasama seorang pemimpin PAS Selangor, terlibat dalam pakatan menjatuhkan Abdul Khalid demi menaikkan exco hal-ehwal Islam negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Dakwaan itu masing-masing di blog Umno Reform 2 dan Air Mata Selangor awal bulan lalu dan bulan ini.

Tiada ulasan: