HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2009

Kolonel Mat didakwa Umno, ejen

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Pas mendakwa 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah Umno atau ejennya yang cuba mengkucar-kacirkan kepemimpinan Menteri Besar Kelantan dan Pas di negeri itu.

Ahli Biro Politik Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggunakan alasan ia berlandaskan bahawa selama ini Umno adalah parti yang cuba merampas kuasa pemerintahan daripada Pas di Kelantan.

Katanya, semua isu yang timbul di Kelantan sejak akhir-akhir ini juga didalangi Umno dan konco-konconya bagi memberi gambaran negatif terhadap Nik Aziz dan Pas.

"Saya tidak dapat membaca fikiran Tok Guru (Nik Aziz), tetapi pada saya Kolonel Mat yang beliau maksudkan adalah Umno atau ejen parti itu seperti media massa yang dikuasai kerajaan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiada ulasan: