UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR – Kebimbangan parti pembangkang terhadap pengaruh mereka yang semakin merosot semakin jelas apabila pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang pula tampil dengan gesaan melulu menuntut supaya Biro Tata Negara (BTN) ditutup terus.
Gesaan terbaru Kit Siang yang dibuat selang tiga hari selepas kerajaan negeri Selangor melarang peserta daripada institusi negeri itu menghadiri kursus BTN dengan mengaitkan kononnya ia digunakan untuk menyemai rasa benci kepada DAP dan parti pembangkang lain.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam mengukuhkan hujahnya mendakwa BTN adalah salah satu punca kegagalan kepada pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu sejak kemerdekaan negara lebih setengah abad lalu.
Malah pemimpin pembangkang veteran yang terkenal dengan perjuangan kesamarataannya itu turut mendakwa kursus BTN adalah penghalang utama kepada kejayaan mencapai gagasan 1 Malaysia.
‘‘Jika Perdana Menteri serius, ikhlas dan bersungguh-sungguh mengenai gagasan 1Malaysia, perkara pertama yang mesti dilakukan adalah menutup BTN kerana ia penghalang terbesar kepada kejayaan gagasan 1Malaysia,’’ katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan