HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2009

Remaja dipelawa ke Kem Ibadah Remaja 2009

Basiron Abdul Wahab


MARAN : Maahad Tarbiyah Darul Hijrah Al Islamiah (MTDHI) Paya Pasir mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak remaja menyertai Kem Ibadah Remaja 2009 yang dianjurkannya pada musim cuti sekolah ini.

Kem yang selama hampir sebulan itu akan memberi pendedahan kepada remaja mengenai akhlak, adab dengan ibu bapa, pengenalan dan praktikal solat seta teknik hafazan al Quran.

Program berkenaan terbuka kepada remaja berusia antara 8- 17 tahun lelaki dan perempuan, program bermula pada 29 November dan berakhir pada 26 Dicember 2009.

Pengarah program Ustazah Azizah Khatib Mat berkata, MTDHI setiap tahun menganjurkan program seumpamnya bagi memberi peluang kepada ibu bapa memberi pendedahan terhadap aspek ibadah dan adap sopan terhadap ibu bapa.

Azizah berkata, pihaknya mengalu-alu sebarang pertanyaan dari ibu bapa terhadap program seumpama ini.

Untuk penjelasan lanjut boleh berhubung dengan Ustazah Hafizah Alwi di talian 019 9899815 atau Ustazah Azizah Khatib Mat di talian 019 9119900/012 981 5057.

Tiada ulasan: