HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 November 2009

3,513 permohonan kerakyatan lulus

BERITA HARIAN


KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,513 permohonan kerakyatan diluluskan dalam tempoh antara 9 April hingga 20 Oktober lalu, semenjak Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Hishammuddin berkata, sejumlah 11,573 permohonan pula masih dalam pertimbangan kementerian.

“Proses permohonan taraf kewarganegaraan yang mengambil masa begitu panjang disebabkan ia membabitkan pelbagai peringkat pemprosesan yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Teng ingin tahu sejak Menteri Dalam Negeri yang baru mengambil alih kementerian, berapa banyak permohonan kerakyatan Malaysia diluluskan.

Beliau berkata, kementerian sedang berusaha menyelesaikan dan mengeluarkan keputusan dengan lebih cepat serta pantas bagi permohonan yang tertunggak dan terkini selepas 20 Oktober.

Sementara itu, Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop, berkata kerajaan sedang mengkaji Akta Polis 1967 termasuk peruntukan Seksyen 27 akta berkenaan dan undang-undang lain yang berkaitan dengan perhimpunan.

“Kerajaan mungkin akan menimbang peruntukan bagi diadakan perhimpunan awam di satu tempat khas, perkara ini memerlukan pindaan khusus," katanya menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar).

Tiada ulasan: