HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2009

Rosmah mahu tingkatkan nasib kanak-kanak dan wanita?

Drs Khalil Idham Lim


Ketika suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sibuk dengan jadual ketat semasa lawatan dua hari ke New York, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pula mempunyai agenda tersendirinya.

Rosmah dikatakan memenuhi jadual hariannya dengan begitu ghairah memperjuangkan nasib kanak-kanak kurang bernasib baik dan wanita, secara aktif terbabit dalam perjuangan ini dan membangkitkan isu-isu ini di persidangan antarabangsa.

Antarnya beliau merupakan penceramah berprofil tinggi pada Forum Wanita Dalam Kepimpinan di Dubai pada 26 Oktober lalu.

Namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang mengikuti pelbagai isu yang membelit wanita pertama Malaysia itu dan suami nya sekali sebagai PM 1Malaysia. Berita di atas disambut dengan pelbagai persoalan dan isu yang masih tidak terjawab sehingga kini.

Saya serahkan berita ini kepada para pembaca sebagai penambah koleksi kepada sikap hipokrit dan manis di bibir sahaja kalau ia selayaknya dipakai dalam perkara tersebut.

Tiada ulasan: