SINAR HARIAN ONLINE
KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga pada pertengahan Disember depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein.
Menurutnya, jangkaan berkenaan dibuat berdasarkan ramalan keadaan cuaca dan beliau turut menegaskan bahawa banjir bukanlah perkara pelik, sebaliknya fenomena biasa yang sering berlaku.
Sehubungan itu, Hishammuddin meminta semua pihak, khususnya agensi kerajaan supaya melakukan persediaan awal bagi menghadapi bencana itu dengan menjaga kebajikan, keselesaan dan keperluan mangsa sebaik mungkin.
“Jika kita buat persiapan awal, orang ramai tidak akan melalui penderitaan yang berat sangat, sebab itu bila kita buat tinjauan ke sesuatu pusat penempatan (banjir), kalau kemudahan asas dibaiki, kita tidak akan rugi sebab kita boleh guna tahun depan.
“Saya tengok dari segi penerimaan dan realiti banjir di Terengganu, orang ramai boleh terima tetapi mereka akan melihat layanan kita terhadap mereka dan itu perkara penting sebenarnya.:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan