BERITA HARIAN ONLINE
KUCHING: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akan meminta kerajaan negeri memohon mengkaji semula Perlembagaan Malaysia berkaitan status Bumiputera di Sarawak yang didapati kabur.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, status Bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu diselaraskan kerana terdapat kekeliruan di negeri ini apabila undang-undang hanya mengiktiraf anak yang dilahirkan pasangan ibu bapa Bumiputera berhak mendapat status berkenaan.
Katanya, ia berbeza di Semenanjung dan Sabah kerana anak layak mendapat status Bumiputera apabila seorang ibu bapa mereka berbangsa Melayu yang beragama Islam, Bumiputera Sabah atau Orang Asli.
“Perlembagaan Malaysia bagi Perkara 161(a) pula menetapkan sebarang perkahwinan campur selain daripada warga pribumi negeri tidak layak mendapat status Bumiputera,” katanya pada Majlis Peletakan Batu Asas Sekolah Kebangsaan (SK) Matu Baru, di sini, semalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan