SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang yang mensyaratkan sijil tauliah perlu bagi sesiapa yang ingin mengajar, berdakwah ataupun memberi khutbah di negeri itu.
Katanya, keputusan itu wajar dihormati kerana ia adalah hak Sultan Selangor sebagai ketua hal ehwal Islam negeri.
“Saya menghormati ketetapan itu tetapi seperti saya katakan sebelum ini tidak mungkin semua pihak perlu mendapatkan sijil tauliah jika ingin berceramah, berdakwah dan berkhutbah dan dalam kes tempoh hari saya mengajar di rumah persendirian bukan di surau ataupun masjid,” katanya.
Mengenai kenyataan Jabatan Agama Islam Selangotr (Jais) yang sudah menyiapkan kertas pendakwaan terhadapnya, Dr Mohd Asri berkata: “Tidak apalah kita ikut proses undang-undang dan saya berharap mudah-mudahan perjuangan rakyat Malaysia mendapatkan keadilan dan bersistematik akan berjaya serta tidak akan menganggu-gugat hak asasi rakyat Malaysia.”
Sementara itu ditanya reaksinya berhubung tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mempertahankan memorandum bantahan pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan tidak akan membuat permohonan maaf terbuka kepadanya, Dr Mohd Asri menyifatkan persatuan itu sengaja cari pasal.
“Kalau ya pun saya yang mengumumkan, individu lain seperti saksi, menteri pun boleh bertindak serupa, lagi satu tidak ada kandungan dalam perjanjian terbabit yang menyebut tidak boleh beritahu sesiapa, mereka sengaja cari pasal bab seperti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan