KUALA LUMPUR : Pengarah Imigresen negeri Sarawak, Datuk Robert Lian mahu majikan di negeri itu segera menyemak latar belakang pekerja mereka terutamanya warga asing yang bekerja di bahagian Kelapa Sawit, pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu.
Menurutnya, permintaan tinggi terhadap pekerja asing di Sarawak membawa kepada kira-kira 20,000 pekerja haram di seluruh negeri itu.
“Ini merupakan peranan majikan untuk memberi perhatian terhadap pekerja mereka dan untuk memastikan kebajikan pekerja asing yang sah terjaga.
“Mereka harus tahu bahawa mengambil pekerja haram adalah salah di sisi undang-undang dan jika pegawai penguat kuasa mendapati terdapat pekerja haram, mereka akan didakwa di mahkamah dan tindakan yang sewajarnya akan diambil,” katanya.
Robert memberitahu, jabatan itu sedang menjalankan penyiasatan terhadap semua pekerja haram walaupun hanya mempunyai 120 pegawai penguat kuasa.
“Ia sangat sukar untuk mengesan ke semua pekerja haram kerana mereka masuk ke dalam negara menggunakan pas pelawat sah dan kemudian mereka melupuskannya tanpa dikesan.
“Kami tahu mereka terlibat dalam penuaian kelapa sawit selain dipercayai bekerja di kilang, pusat hiburan serta rumah urut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Sarawak Datuk Mohamad Salleh enggan mengulas isu tersebut dan hanya mengatakan akan mengadakan sidang media mengenainya.
Salleh semalam dilaporkan mahu pesara polis di Sarawak agar jangan anti kerajaan dan pada masa yang sama pihaknya sedang melakukan persiapan rapi berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) yang pengundiannya pada 16 Mei ini.
Terdahulu, Konsulat Jeneral Republik Indonesia Rafail Walangitan dalam mendakwa aktiviti haram seperti pembalakan, penyeludup daging dan manusia masih menular di sempadan Sarawak dan Kalimantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan