HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 April 2010

'Penyokong sesat masuk kumpulan lain'

Salhan K Ahmad



Insiden kekasaran yang berlaku sewaktu penamaan calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pagi tadi adalah disebabkan ada penyokong yang tersesat masuk ke dalam kumpulan lain, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Berikutan itu, berlaku provokasi sehingga membawa kepada baling membaling (objek), ketika ditemui Malaysiakini.

Beberapa penyokong P

akatan mendakwa terkena botol dan batu yang dibaling ke arah mereka. Seorang ahli DAP yang terkena batu, telah membuat laporan polis.

Manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula mendakwa seorang penyokong BN turut terkena balingan batu.

Dalam Twitternya, Khairy berkata penyokong berkenaan telah dibawa ke hospital dan kecederaannya memerlukan enam jahitan.

Sebelum itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu luka di kakinya dalam satu kejadian tolak menolak.

Setiausaha MIC Wilayah Persekutuan, P Panchamorthy berkata, beliau juga luka ketika cuba menghalang Samy Vellu daripada terjatuh ke atas pagar berduri.

Katanya, beliau memegang bahagian kanan Samy manakala seorang lagi pemimpin MIC, S Ganesan memegang tangan kiri Samy.

Bagaimanapun, kaki kanan Samy terkena pagar duri dan luka apabila gagal mengimbangi dirinya. Tangan kanan Panchamorthy turut luka dalam kejadian itu.

"Kami terhimpit antara pagar berduri dan penyokong dari kedua belah pihak," katanya.

Ganesan juga turut luka pada tangan kanannya dan telah dirawat oleh anggota ambulannya yang ditempatkan di situ.

Menurut Ganesan, halangan pagara berduri itu terlalu sempit dan orang pula terlalu ramai.

Ketika ditemui wartawan, Ganesan berkata beliau tiada apa-apa dan menyifatkannya sebagai 'perkara kecil ahaja".

Di sebelah Pakatan pula, kira-kira 50 anggota Unit Amal PAS turut membantu mengawal keadaan dan meminta ribuan penyokong di situ supaya jangan tolak menolak.

Tiada ulasan: