| BERNAMA | ||
| |
"Kita menambah pasukan pemantau harga bagi membantu pegawai dan penguatkuasa tempatan bagi memantau harga barangan dijual mengikut senarai harga yang ditetapkan selain mengenal pasti kedai yang menaikkan harga di sekitar sini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Awam Kuala Kubu Baru dan Pasar Peladang di Hulu Selangor, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kesedaran peniaga di sekitar Kuala Kubu Baru cukup tinggi dengan mempamerkan harga barangan keperluan yang dijual dan tiada sebarang kenaikan harga.
"Setakat ini harga masih okay seperti biasa sebelum penamaan calon dan kita akan sentiasa memantau. Namun, pengguna juga perlu melaporkan kepada pihak kementerian jika ada sebarang kenaikan harga dikenakan," katanya.
Menurutnya, pengguna boleh menyalurkan maklumat dan mengemukakan aduan terhadap sebarang kenaikan harga barangan kepada bilik gerakan kementerian di Kuala Kubu Baru yang dibuka sepanjang masa termasuk menghubungi talian bebas tol 1800-886-800 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 32255.
"Pegawai terbabit yang berpakaian seperti orang awam mengumpul maklumat berkenaan harga barangan serta membuat laporan dan berdasarkan laporan itu, pasukan penguatkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya kepada peniaga yang ingkar," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata semua pihak termasuk pembangkang perlu menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dengan berkempen secara berhemah sepanjang pilihan raya kecil ini.
Pilihan raya kecil pada 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.
Ketua Penerangan MIC P Kamalanathan akan berdepan dengan oleh bekas Menteri Undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor VS Chandran dan Johan Mohd Diah, seorang peniaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan