| Salhan K Ahmad | |||
| |
Beliau menjadikan presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sebagai sasaran dalam kempen yang secara rasminya bermula hari ini.
Tanpa membuang masa, beliau mendakwa Samy cuba "memperbodohkan" pengundi dengan meletakkan P Kamalanathan sebagai calon BN di situ.
Bercakap kepada pemberita, Chandran mendakwa Kamalanathan tidak layak sebagai calon kerana ketua penerangan MIC itu bukannya penduduk tempatan Hulu Selangor.
Sementara itu, seorang lagi calon Bebas - Johan Mohd Diah - pula kelihatan tidak begitu bersedia untuk bersemuka dengan wartawan selepas proses penamaan calon berakhir.
Ahli perniagaan berusia 31 tahun itu yang juga AJK Pemuda Umno Shah Alam berdepan dengan risiko dipecat daripada parti itu kerana bertanding menentang BN.
Beliau yang akan membuka bilik gerakan di Sungai Tengi, Hulu Selangor, sekadar mengajak wartawan untuk menemuinya "selepas ini."
Ketika dihubungi melalui SMS selepas itu, beliau dengan nada kecewa berkata pernah mengadakan program anti-dadah di kawasan Hulu Selangor tetapi tidak mendapat sokongan dari pelbagai pihak.
"Yang menyokong hanyalah ketua kampung dan polis sahaja," katanya.
Dalam usahanya memenangi pilihan raya ini, beliau berkata tujuannya menjadi ahli parlimen adalah untuk membantu "memartabatkan modal insan."
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor menyaksikan pertandingan empat penjuru. Chandran dan Johan akan berdepan dengan calobn BN, P Kamalanathan dan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan