Naib Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan mereka bukan sahaja melanggar perlembagaan parti malah menjejaskan reputasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Mana-mana anggota atau pemimpin parti yang berbuat demikian akan dikenakan tindakan tegas. Umno tidak akan berkompromi dengan mereka,”katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 55 bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia, di sini hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas tindakan anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah yang bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Beliau berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan prinsip kesetiaan kepada pemimpin dan parti serta boleh diibaratkan sebagai berpaling tadah dan bercanggah dengan hala tuju perjuangan Umno.
“Kita sudah dimaklumkan mengenainya dan siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti kesahihannya sebelum dibawa ke pengetahuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan