Pos Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan jumlah hasil pendapatan sebanyak 15% hingga 18% dalam dua tempoh 12 bulannya selepas tarif pos dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.
Kumpulan Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya Datuk Syed Faisal Albar berkata, berdasarkan laporan tahunan kewangannya sehingga 31 Disember (FY09), Pos Malaysia mencatatkan hasil pendapatan berjumlah RM906.5 juta.
Walaupun jumlah surat pos dijangka akan jatuh sebanyak 10% dalam tempoh sama berikutan kenaikan tarif tersebut, namun syarikat tersebut akan menyediakan jumlah rebat dan diskaun untuk mengurangkan risiko kejatuhan itu.
Peningkatan jumlah surat pos tahunan ialah kira-kira 3% tetapi kenaikan kadar tarif mengakibatkan kejatuhan mata sebanyak 7 mata mengakibatkan jumlah penurunan sebanyak 10%.
"Kita menjangkakan penurunan selama dua tahun bermula Julai depan, namun selepas itu pertumbuhan kiriman mel secara terus mampu meringankan penurunan dalam mel tradisional," katanya.
Pos Malaysia pertama kali sejak 18 tahun lalu, terpaksa akur untuk menaikkan tarif daripada 75% kepada 100% dan kadar itu akan berkuatkuasa 1 Julai depan.
Selain itu, gaji pekerja pos turut ditingkatkan daripada 11% kepada 19%. Melalui kenaikan kadar gaji, Faisal menjangkakan kos kakitangan meningkat sebanyak 16%.
Walaubagaimanapun, dengan kenaikan jumlah hasil pendapatan, beliau percaya akan wujudnya lebihan yang akan dilabur semula dalam syarikat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan