HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 April 2010

Khalid Samad Saman Akhbar Selangor Kita


khalid samad Oleh Qayum Rahman


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad akan menfailkan saman terhadap Akhbar Selangor Kita berikutan akhbar tersebut menyebarkan fitnah terlampau terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Kerajaan negeri Selangor.

Menurutnya, akhbar ini perlu bertanggungjawab terhadap fitnah yang dikeluarkan sehingga mampu menyebarkan fitnah terhadap beliau dan juga Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang menyebabkan perselisihan faham berlaku.

"Mufti Perak telah pun memberi kenyataan kepada Malaysiakini di mana beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap saya dan tidak pun mengetahui tentang kewujudan akhbar hantu ini.

"Berdasarkan respon dari Tan Sri Harussani perkara yang terjadi adalah satu penafian dan saya rasa isu saya bersama Mufti Perak ini telah selesai cumanya isu masalah surat khabar kurang ajar ini belum selesai.

Khalid berkata, akhbar Selangor Kita ini adalah satu akhbar yang tidak bertanggungjawab dan hanya menyebarkan fitnah untuk memberi kepentingan pada pihak BN yang diutamakan.

" Pelbagai fitnah dikeluarkan dalam akhbar tersebut berkaitan kerajaan negeri Selangor dan kerajaan negeri telah pun menjawab segala lembaran fitnah itu sebelum ini.

" Saya akan mencari jalan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat menerbitkan akhbar fitnah ini dan akan menyaman mereka dengan segera.

Beliau berkata, rakyat perlu tahu bahawa penipuan terlampau dalam akhbar ini adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor yang kian maju dibawah pentadbiran PR.

" Saya menyeru agar seluruh rakyat terutamanya rakyat Hulu Selangor agar tidak termakan dengan helah jahat BN yang mengeluarkan akhbar itu berikutan telah terdesak untuk membuat propaganda.

" BN apabila terdesak, mereka mengeluarkan fitnah jahat mereka untuk menggolakkan PR yang semakin kukuh menyebabkan mereka goyah akan perubahan yang terjadi di Selangor," katanya di lobi parlimen hari ini.

Tiada ulasan: