| DETIK DAILY |
Kontroversi Kepentingan Israel dalam Syarikat APCO Worldwide dalam Kerajaan Malaysia cukup membimbangkan. Perdana Menteri pula tidak menafikan. Pendedahan Ketua Pembangkang Itu telah meletakkan kepimpinan negara serba salah dan bimbang terjejas pengaruh Bn di mata rakyat
Ikuti Wawancara Khas Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam menerangkan isu perisik Israel dalam PDRM dan kontrak Apco Worldwide selaku konsultan imej Malaysia.
Harakah : Boleh Dato' jelaskan apa yang didedahkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Apco Worldwide dengan kaitannya dengan Israel?
Mahfuz : Isu di sini ialah kita lihat soal ancaman India negara kita oleh penglibatan rakyat Israel ke atas negara kita melalui beberapa pemberian projek kepada mereka.Keduanya ialah bagaimana kita letakkan kepercayaan kepada syarikat luar yang ada kepentingan Israel tanpa melihat sensitiviti Islam dan masalah antarabangsa di Palestin dan sebagainya.Yang ketiga kita mengenepikan, kita cuba meletakkan bahawa arah tuju negara seperti nak ditentukan oleh syarikat asing iaitu perunding antarabagnsa ini yang lebih kepentingan jaga kepentinag Israel dan kuasa besar,.
Di sinilah timbul isu kerajaan mahu pelobian di peringkat antarabangsa supaya masyarakat antarabangsa lihat imej negara ini dengan positif dan gambarkan kita dalam semua hal termasuk hak asasi dan demokrasi kita lebih baik.Inilah timbulnya kerajaan terpengaruh untuk mengambil syarikat APCO Worldwide khususnya disebut oleh Dato' Seri Nazri Aziz untuk memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat.
APCO ini ialah syarikat yang ditugaskan seperti yang disebut dalam jawapan Menteri kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Parlimen ialah Apco ditugaskan untuk perunding strategik komunikasi, perundingan imej dan perbaiki hubungan dengan negara luar dan strategikan pemikiran masyarakat supaya menerima kembali kepimpinan kerajaan yang ada iaitu Najib Tun Razak.Ini isu yang kita bangkitkan, kenapa ambil APCO sedangkan peranan ini boleh dimainkan oleh syarikat dalam,negara kita.
Kita menentang kerana APCO ini dikuasai oleh beberapa orang yang terdiri dari rakyat Israel sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Mereka ini rakyat Israel yang ada sejarah yang begitu berat bagi umat Islam dan masyarakat antarabangsa tidak menerima tindakan mereka ini ketika dahulu keterlibatan dalam Agensi Keselamatan Israel (ISA) yang melakukan kezalimam dan keganasan kepada rakyat Palestin.
Ini tak kena kepada dasar luar negara yang tak ada hubungan diplomatik dengan Israel.Selain itu jelas bagaimana Israel anti kepada Islam, sikap mereka yang begitu zalim kepada rakyat Palestin, ditambah lagi bukan sahaja beberapa orang rakyat Israel tetapi kalangan warga Amerika yang duduk dalam Apco itu juga menganut fahaman Zionisme dan dipengaruhi gerakan zinonis antarabangsa.Di negara kita susdah ada syarikat Lim Kok Wing dan Blackpencil ini semua syarikat tempatan yang boleh laklukan khidmat konsultan kepada kerajaan dan negara dalam perbaiki hubungan dengan antarabangsa, kenapa tak pilih mereka.
Salah satu tugas Apco melalui FBC media UK yang mula memperkenalkan APCO kepada Malaysia, kerajaan Malaysia berikan kepada FBC dan kemduian FBC sub kepada APCO.Dalam kerja yang diberikan kepada FBC dan FBC subkan kepada APCO ini iaitu antaranya kempen antarabangsa Malaysia yang pro perniagaan dan pelaburan dan anti kepada pengganas, bagaimana kita ambil sebuah syarikat yang ada di dalamnya itu ialah pengganas Israel untuk menasihatkan kita berkaitan bagaimana nak anti pengganas, sedanfgkan kita tahu Israel melihat Hamas dan rakyat Palestin ini sebagai pengganas, dan melihat Ikhwan Muslimin sebagai pengganas.
Beberapa kumpulan dan individu dalam Apco ini yang memberikan laporan kepada USA bahawa Ikhwan Muslimin musuh, dan samakan Syed Qutb itu sebagai Hitler, dan inilah antara laporan yang dibuat Apco kepada Amerika, ini kita persoalkan.
Katanya kerajaan ambil APCO kerana kepakaran?
Mahfuz : Jawapan Nazri semalam kita nak baiki hubungan dengan Amerika tak bolehlah ambil syarikat dari dalam Malaysia, kerana tak tahu pasal Amerika.Saya berhujah apa tugas Duta Malaysia di Amerika, Dato' Seri Dr Jamaluddin Jarjis?Apa tugasnya, buat apa hantar ke sana sebab dia tak faham tentang Amerika, alasan Nazri bahawa Apco ini syarikat yang dah terkenal dan tahu tentang Amerika ini seolah-oleh lihat syarikat di negara ini tak bagus, saya lihat ini satu jawapan menghina syarikat Malaysia dan anak Malaysia, sedangkan anak Malaysia sudah menjadi pakar-pakar di dunia ini, kenapa tak ambil?.
APCO juga buat tugas-tugas perbaiki imej dan membentuk pemikiran rakyat Malaysia?
Mahfuz : Kalau dikatakan Apco untuk hubungan dengan Amerika, tetapi dalam perjanjian dengan syarikat tersebut, ada juga tugas yang perlu dilakukan Apco untuk menstrategikan pemikiran rakyat Malaysia, adakah perlu ambil dari luar negara, kenapa beri kepada Apco, jawab Nazri Apco ada kepakaran yang sangat tinggi dan Malaysia tidak mampu melakukan tugas tersebut, ini satu penghinaan kepada rakyat Malaysia dan pakar-pakar dalam negara kita.
Perbelanjaan dengan projek ini hampir RM77 juta.Ini merupakan duit rakyat yang kita bagi kepada asing.Yang seterusnya membaiki imej dalama negara, pemikiran rakyat, Apco tiada maklumat asas mengenai rakyat, dengan itu asas maklumat demografi info itu pastinya diberikan kepada Apco, ini paling asas dan mungkin mereka terdedah kepada maklumat strategik negara kita, bagaimana kita boleh dedhakan kepada syarikat yang dalamnya jelas ada penglibatan terhadap Israel dan Amerika, saya bimbang bahawa ini akan sebabkan masa depan keselamatan negara kita akan tergugat.
Setakat ini kerajaan tak nafikan kontrak dengan Apco?
Mahfuz : Pertaanya bila kita pertikaikan beberapa individu dalam Apco adalah rakyat Israel, kerajaan hanya menjawab 'hanya tiga orang' sahaja.Ini bukan persoalan tiga atau berapa orang, tetapi isunya ialah rakyat Israel, ini yang penting.Kalaupun yang lain itu bukan rakyat Israel, tetapi mereka adalah mengikut fahaman Zionis, dan jika sekalipun hanya tiga orang sahaja rakyat Israel tetapi dalam dunia ini bilangan rakyat Israel memang kecil tetapi mereka mampu menggugat dan mempengaruhi masyarakat antarabangsa termasuk dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang untuk menang jawatan tersebut, Yahudi adalah dibelakang mereka.Akibat daripada kehebatan dan startegi Israel ini merekalah yang tentukan turun naik Presiden Amerika.Agensi mereka bertaburan seluruh dunia, termasuklah Apco yang bekerja pengaruhi rentak perjalanan kerajaan yang mungkin dilihat keras kepada Israel, dan mereka akan slow down.Isunya bagi saya ialah bukan jumlah, tetapi peranan syarikat Apco yang tak boleh diberi kepercayaan.Kerajaan akui tiga orang rakyat Israel dalam Apco.
Bila datang di Malaysia mereka tubuhkan Apco Malaysia dengan ahli lembaga pengarahnya, hanya dua orang sahaja yang dilantik selebihnya semua rakyat Amerika yang juga memegang jawatan terpenting dalam Apco Worldwide.Antaranya Paul Geoffery Stadlen warga Virgin Island, Denise Marie Teeling warga Amerika (Samoa), Larry Erle Snoddon (Amerika Samoa), Margery Kraus (Amerika Samoa), Tan Poh Onn dan Yiap Tiew Kuang (Malaysia).Presiden Apco International dan ketrua operasi kewangan di Amreika juga jadi ALP Apco di Malaysia.Ini saya katakan bahawa satu yang tidak harus berlaku.
Bagaimana pula isu perisik Israel dalam PDRM melalui sebuah projek yang dinamakan PRS?
Mahfuz : Isu dalam PDRM ialah bermula dengan isu projek Police Reoprting System (PRS) ataupun dalam bahasa IT nya ialah Management Information System (MIS).Jadi isunya ialah bilamana projek ini dibuat dengan beberapa fasa yang ditunjukkan dalam rajah (menunjukan kertas) Fasa pertama diberikan kepada Sapura Holding dan dikatakan bila fasa kedua dan ketika diberikan kepada syarikat Masterplan, disinilah ada keterlibatan perisik Israel dimana Masterplan ini sebagai Kontraktor Utama telah subsidiarikan kontrak kepada Asiasoft, tetapi disinilah terbongkarnya sebab kontrak utama ini diberikan kepada Asiasoft yang terdedahnya wujudnya pembabitan dua orang persik Israel yang disahkan oleh Jabatan Lojistik Bukit Aman dalam siasatan mereka bila siasatan ini dilakukan.
Boleh terangkan latar belakang Asiasoft dan kaitan dengan Israel?
Mahfuz : Asiasoft ini mula terbabit denan PRS pada tahun 2001 bila dilantik Sapura sebagai konsultan.Projek itu dilaksana hingga sekarang, Asiasoft juga dilantik oleh MPC dan secara tak sah.Asiasoft Malaysia dimiliki oleh dua pemegang saham iaitu Bee System Sdn Bhd (70 peratus) dan Asiasoft Singapura (30 peratus).Asiasoft ini berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global yang berpengkalan di Israel, ini polis sendiri yang akui maklumat ini.Asiasoft (S) Pte Ltd berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berpengkalan di Israel, dimana dua pengarah syarikat itu ialah, Izhak David Nakar dan Ido Schechter.Menurut maklumat Jabatan Logistik PDRM sendiri pernah mencadangkan kontrak dengan syarikat terbabit ditamatkan dengan alasan kebocoran berterusan kepada maklumat keselamatan negara dan menghalang pencerobohan kepada sistem keselamatannegara.Ini diakui juga oleh Timbalan Menteri KDN, Dato' Abu Seman Yusof bila berbahas dalam Belanjawan tambahan 2009 baru-baru ini bila kita diminta bahaskan peruntukan untuk projek ini.Jadi dia akui dalam jawapannya bahawa dua rakyat Israel ini, tetapi dia dakwa terlibat hanya selepas tahun 2006 dan projek telahpun siap, kononya berlaku penyusunan semula Asiasoft Malaysia ini diambil alih oleh Asiasoft Singpapura barulah muncul dua orang perisik Israel ini, dia kata tak berikan kesan kerana baru muncul.
Sedangkan isunya ialah memang penglibatan Israel itu ada, saya nak menafikan bahawa jawapan itu sebenarnya meragui kerana projek ini memakan masa 10 tahun kontraknya, bagaimana kata selepas tahun 2006 tak terlibatnya perisik Israel ini sedangkan projek bermula tahun 2001 dan ikut kontrak hanya akan tamat pada tahun 2011.Jadi sekarang baru 2010, bagaimana mereka ini dikatakan tidak terlibat kerana berdasarkan surat Jabatan Logistik PDRM pada 3 Disember 2008 menyatakan masih ada penglibatan perisik Israel, sedangkan mereka kata 2007 itu baru muncul.
Dua Israel ini terbabit dan memberi kesan kepada kedaulatan negara.Bagi saya bahawa 3 Disember 2008 itu surat cadangan dari Jabatan Logistik PDRM agar tamatkan kontrak dengan Asiasoft.Dengan kemasukan dua Israel itu tentunya terbabit dengan projek tersebut.Sehingga 7 Januari 2009 surat dari Jabatan Logistik kepada Penasihat Undang-undang KDN, cadangan menamatkan kontrak akibat penglibatan perisik Israel dalam pelantikan subkontraktor konsultan tersebut. Pada 12 Januari ini tak tamat lagi, baru cadangan menamatkan, dan jawapan penasihat kepada Jabatan Logistik bahawa tidak boleh tamatkan melainkan keputusan dasar pengurusan KDN dan kabinet dan menteri yang patutnya buat keputusan.
Namun dalam jawapannya menteri berkata tidak ada perisik Israel ini satu pembohongan dan penipuan, sedangkan surat bertarikh 12 Januari ini masih belum ditamatkan.Apa jadi terhadap tempoh waktu 2007 hingga 2008?Apakah jaminan tak bocornya maklumat negara kepada perisikan Israel kerana mereka yang membuat sistem tersebut iaitu PRS.Walaupun ada kod masuk kepada PRS tetapi pastinya yang membuat sistem itu ada kodnya.Ancamannya ialah saya difahamkan bila kita subkan kepada mereka, mereka yang bangunkan software, (Asiasoft yang bangunkan).
Justeru apa cadangan Pakatan Rakyat dan PAS?
Mahfuz : Sebab itu kita bertegas mahu kontrak ini dihentikan segera dan apa yang penting satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara mendalam bagaimana kontrak ini dianugerahkan kepada syarikat yang ada kepentingan Israel.Majlis Raja-raja perlu bertindak segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan