TV SELANGORKerajaan Negeri Selangor hari ini telah bersetuju akan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang membimbangkan pemilik-pemilik rumah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak tahun 2002.
Sebelum ini pembangunan-pembangunan yang terlibat telah hanya dikeluarkan Sijil Layak Menduduki Sementara (TCF) kerana terdapat jalan-jalan yang tidak lagi dibina dengan sepenuhnya oleh pemaju.
Contohnya terdapat jalan 4 lorong yang baru dibina 2 lorong.
Hari ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melengkapkan pembinaan jalan-jalan itu dan kosnya akan dicaj kepada pemaju atau kumpulan syarikat pemaju tersebut.
Oleh itu, sijil layak menduduki boleh dikeluarkan secepat mungkin untuk 1,521 unit kediaman yang terlibat.
Pembangunan-pembangunan yang terlibat adalah:
a) 125 unit rumah teres kos sederhana rendah 1 tingkat di atas sebahagian Lot 3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.
b) 172 unit rumah teres sederhana rendah 1 tingkat di atas sebahagian Lot 3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.
c) 590 unit rumah teres 2 tingkat di atas sebahagian Lot 3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.
d) 296 unit rumah teres 2 tingkat dengan 2 unit pencawang elektrik di Fasa 21C1 (201 unit) dan 21C2 (95 unit) di atas Lot 353 dan 1729, Bukit Sentosa, Mukim Serendah.
e) 338 unit rumah teres 2 tingkat dan 4 unit pencawang elektrik di Fasa 16C di atas sebahagian Lot 353 dan 1729, Bukit Sentosa, Mukim Serendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan