HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 April 2010

Soraya, Roshanita Sudah Lama Tinggalkan Parti

Oleh Norihan Adnan

SHAH ALAM - Tindakan Soraya Sulaiman dan Roshanita Mohd Basir keluar parti dianggap suatu yang melegakan kerana kedua mereka tidak pernah menunjukkan komitmen kepada perjuanhgan parti kata Ketua Wanita KEADILAN Perak, Fathmawaty Salim.

Tindakan mereka mewar-warkan keputusan meninggalkan parti dalam media milik Umno-Barisan Nasional tidak sedikit pun menjejaskan perjalanan KEADILAN malah membantu melancarkan jentera parti.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Fathmawaty menegaskan dua orang bekas anggota parti itu bukanlah pemimpin.

"Soraya hanya dilantik menjadi Ketua Penerangan Wanita KEADILAN pada tahun 2008 tetapi ketika Pilihan Raya Umum ke-12, kelibatnya langsung tidak kelihatan.

"Banyak program tergendala kerana Soraya tidak muncul," katanya.

Berkenaan dengan Roshanita pula Fathmawaty menjelaskan namanya tidak ada di mana-mana senarai cabang sambil menegaskan beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Wanita Bagan Serai hanya untuk mengisi kekosongan sedia ada.

Fathmawaty menegaskan bahawa kedua-dua wanita itu tidak aktif menyumbang tenaga kepada perjuangan parti.

"Soraya tak layak pun menjadi pemimpin. Kami bersyukur sangat mereka keluar parti," katanya lagi.

Media yang dikuasai Umno-Barisan Nasional secara berulang-ulang memainkan isu keluar parti ini dan mengambarkan bahawa KEADILAN sebuah parti yang lemah dan tidak dipercayai.

Semua ini dilakukan bagi memenuhi hasrat terdesak BN yang mahu memenangi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil 25 April ini.

Tiada ulasan: