| ORANG TINANGOL |
| BARU-BARU ini, ketika pergi memancing di Teluk Marudu, salah seorang kawan kami tersengat ikan sembilang dan kesan sengatan itu sangat bisa sehingga membuatkan kawan kami hampir pitam akibat sengatan ikan itu. Maka kami pun membawanya ke Klinik Kesihatan Matunggong. Malangnya tiada Pembantu Perubatan (MA) yang ‘On Call’ kerana hari sudah malam menyebabkan kami terpaksa membawa kawan kami ke Klinik Kesihatan Tinangol. Namun amat malang sekalu kerana tiada MA yang ‘On Call’ sehingga kami semakin cemas dalam keadaan genting dan terpaksa membawa rakan kami ke Klinik Kesihatan Sikuati. Tetapi senarionya sama juga dengan klinik-klinik sebelum ini kerana tiada MA yang ‘On Call’. Walaupun ada juga MA yang ‘On Call’’ tapi berada di Pekan Kudat dan terpaksa menunggu lebih kurang satu jam baru kawan kami berjaya dirawat. Persoalan sekarang kenapa tiga buah klinik kesihatan yang dikunjungi, tiada satu pun yang ada MA yang ‘On call’? Apa akan jadi sekiranya kawan kami tadi menemui maut? Siapakah yang akan bertanggungjawab? Apakah polisi Kementerian Kesihatan? Beginikah perkhidmatan kesihatan kita? Begini burukkah perkhidmatan kesihatan kita? Selain itu, sebagai orang Kg Tinangol, kami amat kesal dan sedih dengan perkhidmatan ’On Call’ di Klinik Kesihatan Tinangol itu sendiri kerana kerap kali tiada MA yang bertugas ’On Call’.sedangkan terdapat tiga orang MA yang bertugas di Klinik Kesihatan Tinangol ketika ini. Sepatutnya masalah ini tidak timbul kerana kami difahamkan mereka mendapat elaun tambahan untuk tugas tambahan yang mereka lakukan. Selain itu, pemandu ambulans Tinangol kerap dilihat oleh penduduk kampung tidak berada di klinik kesihatan ketika waktu bekerja. Malah ramai yang mendakwa bahawa pemandu tersebut membawa kenderaan klinik untuk minum-minum arak, malah ada yang mendakwa termasuk ketika waktu bekerja. Situasi ini amat membimbangkan apabila berlaku kecemasan lebih-lebih lagi kalau pemandu enggan menghantar pesakit kerana mabuk atau masih minum. Ada juga bisik-bisik yang mengatakan ada kes kecemasan yang membawa maut gara-gara tiada MA yang on call. Sebenarnya kami tidak menuntut yang lebih Cuma kami menuntut sesuatu yang sepatutnya mereka lakukan. Sebagai orang Kg Tinangol kami ingin menyeru Pengarah Kesihatan Kudat, Pengarah Kesihatan Sabah dan Menteri Kesihatan Malaysia supaya jangan tidur sahaja. Buatlah sesuatu untuk menyiasat dan mengatasi masalah ini yang telah berlaku sekian lama. Kami beranggapan nyawa kami sentiasa berada di hujung tanduk apabila menghadapi kecemasan kerana kita tahu kecemasan boleh berlaku bila-bila dan di mana-mana sahaja. Kita tidak mahu sehingga ada pihak yang menyaman Kementerian Kesihatan barulah mahu diambil tindakan. Kami ingin meminta pertolongan kepada Sabahkini.net untuk membantu kami menyelesaikan masalah ini dalam kadar segera. |
HALAMAN SANTAI
Ahad, 18 April 2010
NYAWA PENDUDUK TINANGOL SEMAKIN GENTING!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan