HALAMAN SANTAI

Ahad, 18 April 2010

Skim TAWAS Bantu Ringankan Bebanan Ibu Bapa di Selangor

TV SELANGOR

Kerajaan negeri sentiasa memantau keperluan rakyatnya dengan memastikan segala skim yang dilancarkan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

ADUN Taman Medan, Haniza Talha berkata kerajaan mengwujudkan skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ini bagi meringankan bebanan tanggungan ibu bapa yang memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan negeri.

“Saya berharap Tawas mengambil inisiatif ini dengan memberikan RM100 kepada bayi-bayi yang baru lahir daripada kerajaan negeri . Selain itu TAWAS turut memberikan kursus keibu-bapaan dengan kemahiran-kemahiran ini agar dapat mereka atasi masalah yang dihadapi sekiranya mereka mempunyai masalah anak-anak,” katanya.

Beliau berkata adalah tanggungjawap ibu bapa memastikan anak-anak diberikan perlindungan yang baik bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

Dengan program TAWAS ini katanya, anak-anak mempunyai simpanan semasa dan apabila mereka sudah berumur 18 tahun, caruman wang tersebut boleh dikeluarkan untuk kepentingan masa depan mereka.

“Adalah tanggungjawap ibu bapa memastikan anak-anak dijaga dengan baik, diiberi kasih sayang, diberi kemudahan, InsyaAllah TAWAS ini juga adalah satu kemudahan yang hendak diberikan kepada anak-anak supaya masa depannya ada simpanan.

“Apabila dia berusia 18 tahun, dia boleh mengeluarkan wang caruman yang dicarumkan sekarang. Kerajaan negeri telah mengwujudkan skim ini walaupun sebelum ini belum ada skim serupa Tawas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu Majlis Sambutan Lahir Si Manja TAWAS 2010 di Taman Medan pagi tadi di hadapan lebih 1000 orang ramai yang hadir.

TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda MES. TAWAS dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Haniza berkata sebagai usaha berterusan TAWAS kepada rakyat , kerajaan negeri memulakan kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Beliau berkata risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua jabatan atau agensi negeri termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

Katanya kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Tiada ulasan: