Perdana Menteri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa Malaysia tidak lagi menjual minyak kepada Iran kerana tiada lagi permintaan dari negara itu.
Beliau berkata Petronas sebenarnya terlibat dalam penjualan lani (spot sale) kepada Iran pada pertengahan Mac melalui urusniaga pihak ketiga.
Beliau berkata demikian, mengulas laporan media asing mengaitkan penghentian jualan itu dengan tekanan antarabangsa terhadap Iran berkaitan program nuklearnya serta perkembangan yang berlaku menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington minggu lepas.
Ini buat julung kalinya Najib mengadakan rundingan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Semalam agensi asing melaporkan Najib bersetuju menghentikan jualan minyak kepada Iran selepas mengadakan pertemuan dengan Obama.
Najib turut memberi amaran bahawa Iran akan dikenakan sekatan antarabangsa jika meneruskan program nuklearnya yang bercanggah dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditaja Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan