HALAMAN SANTAI

Ahad, 18 April 2010

Umno-BN Sebenarnya 'Orang Luar' Rompak Harta Rakyat

Oleh Rusnizam Mahat


BATANG KALI - Calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim menempelak Umno-BN yang dengan mengatakan pemimpin parti tersebut yang telah merompak harta rakyat dan menyelewengan kekayaan negara ini.

Bercakap kepada lebih 4,000 penyokong pada ceramah di Taman Kelisa, Batang Kali semalam, Zaid berkata dakwaan beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor tidak benar kerana sudah menetap hampir 30 tahun di Petaling Jaya.

Sebaliknya bekas Menteri Undang-undang itu menjelaskan istilah "orang luar" lebih relevan kepada Umno dan BN.

"Saya bukan orang luar seperti yang digembar-gemburkankan Muhyiddin, saya orang Malaysia, saya menetap di Petaling Jaya, hati perut saya orang rakyat malaysia. Orang luar ialah pemimpin yang tidak sedarkan diri, ialah yang bila mereka melakukan kesalahan mereka tidak insaf.

"Orang luar ialah pemimpin yang tamak yang menghabiskan harta negara dan kekayaan negara kepada kuncu-kuncu mereka. Orang luar ialah pemimpin yang membeli kapal selam RM3,000 juta sedangkan rakyat di Batang Kali, di dalam estet, di Felda gaji bersih tak sampai pun RM1,000," tegas Zaid.

Malam tadi merupakan ceramah sulung beliau pada kempen pilihan raya selepas penamaan calon selesai disebelah paginya.

Turut hadir pada ceramah itu termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Menurut Zaid lagi, rakyat khususnya pengundi Hulu selangor harus bijak memilih parti yang sesuai untuk mempertahankan hak mereka yang selama ini dirampas pemimpin Umno-BN.

"Kita mesti memilih pemimpin yang tahu dan merasai perasaan kesusahan kehidupan. Ini ukuran kepimpinan dalam Pakatan Rakyat. Kita bukan pilih kerana dia anak siapa. Bapa saya bukan bekas Perdana Menteri atau orang korporat, bapa saya orang petani.

"Saya tahu apa itu kemiskinan. Walaupun mereka cuba putarbelitkan, kononnya Zaid ini kaya, dia tak faham Melayu, dia tak faham Islam. Tetapi yang cakap ini (Khir) Toyo," ujar beliau sambil mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

"Saya yakin dengan kebijaksanaan termasuk Arang Asal yang saya lawati semalam, saya percaya mereka mahu pembelaan. Negara kita kaya, Allah SWT telah memberi bermacam-macam; bijih, kelapa sawit, minyak tetapi kekayaan ini tidak cukup bagi orang-orang yang tamak. Tetapi cukup untuk rakyat kalau ada kepimpinan yang ikhlas, dan inilah tuntutan Islam yang tahu erti amanat."

Zaid yang juga ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat mengingatkan rakyat di Hulu selangor bahawa pemimpin Umno-BN akan datang ke kawasan itu dengan menawarkan pelbagai insentif dan cara untuk merampas kerusi Parlimen tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: